27 Mar 2013

SUKAR T.T

assalammualaikum semua :) hope uolls sihat sihat je okay :) buat ape tu? dah makan ke? heheh :) hmm now, raraa tengah sedih *lap airmata* , sejak 2-3 hari ni , raraa betul betul takde mood nak buat ape, kalau HAHA HAHA dengan kawan tu biaselah, tapi dalam hati ni cuma Allah saje yang tahu tentang perasaan yang raraa alami sekarang. hmm :( kalau raraa suke seseorang tu, dah mula sayang kat orang tu, raraa akan sentiasa STALKER FB dia ke, TWITTER dia ke, or apa apa jelah yang dia ada kan, hmm , rasa macam menyesal pulak STALKER FB dia tadi , mungkin dah takde jodoh kot kan? hmm tapi tapi tapi,,, kenapa kenapa kenapa?? takpelah, mungkin dah takdir hidup ku begini , nak buat macam mana. Dimanakah akanku temui kebahagiaan itu? raraa tak sanggup nak kecewa beberapa kali. RARAA SUKAR UNTUK MELUPAKAN DIA :( raraa dah cuba tips untuk melupakan seseorang dengan cepat, tapi sikit je jadii, maybe kena guna 100% tips tu baru menjadi kot :') raraa taktahu lah kenapa hati ni sedih tapi mampu tersenyum lagi , tak tahu kenapa, dan mampu lagi ketawa :'D agak agak raraa ni gila ke hah? kalau gila semua benda kita tak ingat kan?humm.. lagi satu, bukan raraa taknak layan yang dilabelkan sebagai lelaki, sebab dah terlalu kecewa, smpai nak pandang lelaki pun rasa macam sakit je, maaf eh? tapi apa apa pun suami raraa nanti lelaki okay? hahaha Now, pesan dekat hati, jangan cepat sayang kan orang :') okaylah itu jeh yang raraa nak story :) sikit pun okaylah kan hee :') tata assalammualaikum.

14 Mar 2013

BAGAIMANA CARA MELUPAKAN SESEORANG SECEPAT MUNGKIN?



Bagaimana cara melupakan seseorang dengan secepat mungkin yang tidak mustahil dilakukan.

1 UBAH PENAMPILAN ANDA

Bagi menjadikan diri anda dan menyegarkan diri anda, perlukan penampilan baru. Ubah gaya rambut anda, pakaian dan sebagainya. Ini bagi memberi semangat baru kepada anda.

2 KENALI DIRI

Kenali diri anda dan kelemahan diri anda . Baiki diri anda jadilah lebih baik daripada dahulu.

3 POSITIF

Berfikiran positif dan jangan stress dengan apa yang terjadi. Semua yang terjadi ada hikmahnya dan anggaplah ia sesuatu yang baik kerana jodoh anda dengan orang lain. Baca bagaimana menjadikan diri anda sentiasa berfikiran positif. 

4 HAIWAN KESAYANGAN

Bela haiwan yang anda sukai, bagi mengisi masa anda. Haiwan kesayangan boleh memberi terapi yang berkesan dalam membantu anda melupakan seseorang dan stress yang anda dialami.

5 BELAJAR MENYAYANGI ORANG LAIN

Belajar menyayangi orang lain seperti adik-beradik, ibu bapa, datuk dan sebagainya. Dengan memberi perasaan kepada keluarga anda boleh membantu bagi melupakan seseorang dengan cepat. 

6 MENCARI PENGGANTI

Berkenalanlah dengan ramai orang dan carilah pengganti. Anda perlu yakin bahawa anda pasti akan dapat orang yang lebih baik kerana Allah telah menentukannya.