14 Mar 2013

BAGAIMANA CARA MELUPAKAN SESEORANG SECEPAT MUNGKIN?



Bagaimana cara melupakan seseorang dengan secepat mungkin yang tidak mustahil dilakukan.

1 UBAH PENAMPILAN ANDA

Bagi menjadikan diri anda dan menyegarkan diri anda, perlukan penampilan baru. Ubah gaya rambut anda, pakaian dan sebagainya. Ini bagi memberi semangat baru kepada anda.

2 KENALI DIRI

Kenali diri anda dan kelemahan diri anda . Baiki diri anda jadilah lebih baik daripada dahulu.

3 POSITIF

Berfikiran positif dan jangan stress dengan apa yang terjadi. Semua yang terjadi ada hikmahnya dan anggaplah ia sesuatu yang baik kerana jodoh anda dengan orang lain. Baca bagaimana menjadikan diri anda sentiasa berfikiran positif. 

4 HAIWAN KESAYANGAN

Bela haiwan yang anda sukai, bagi mengisi masa anda. Haiwan kesayangan boleh memberi terapi yang berkesan dalam membantu anda melupakan seseorang dan stress yang anda dialami.

5 BELAJAR MENYAYANGI ORANG LAIN

Belajar menyayangi orang lain seperti adik-beradik, ibu bapa, datuk dan sebagainya. Dengan memberi perasaan kepada keluarga anda boleh membantu bagi melupakan seseorang dengan cepat. 

6 MENCARI PENGGANTI

Berkenalanlah dengan ramai orang dan carilah pengganti. Anda perlu yakin bahawa anda pasti akan dapat orang yang lebih baik kerana Allah telah menentukannya.